Penerangan
GEBENG, 30 Januari 2024 – JAS Negeri Pahang, JAS Cawangan Gebeng dan JAS Cawangan Kemaman telah menjalankan satu pemeriksaan kapal yang telah hanyut dan terkandas di Perairan Pantai Chendur.
Tujuan pemeriksaan adalah bagi memastikan tiada sebarang tumpahan minyak yang berlaku dari kapal tersebut yang akan mengakibatkan pencemaran air marin.
JAS akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa ke atas kapal tersebut bagi memastikan tiada sebarang kebocoran minyak daripada kapal yang akan menyebabkan pencemaran terhadap air marin dan menjadikan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara.