PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu (Ops Lusuh) JAS Sarawak Bersama Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Lundu Dan AADK Daerah Kuching

DOE Sarawak 26/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu (Ops Lusuh) JAS Sarawak Bersama Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Lundu Dan AADK Daerah Kuching
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/02/2024
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak

Penerangan

Seramai 3 pegawai JAS Negeri Sarawak bersama 5 anggota PDRM dan 11 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) terlibat dalam Operasi Bersepadu (Ops Lusuh) yang dilaksanakan di Daerah Sematan dan Lundu pada 8hb Februari 2024. Premis yang diperiksa adalah premis yang terlibat dalam perniagaan, menyimpan, membeli dan menjual barangan lusuh seperti aluminium dan besi buruk, tin minuman dan lain-lain. Dalam Operasi Bersepadu tersebut pemeriksaan oleh pegawai JAS memfokuskan kepada buangan terjadual misalnya jika ada penyimpanan dan pembelian bateri terpakai, buangan barangan elektronik terpakai dan lain-lain buangan yang dikategorikan sebagai buangan terjadual. Sebanyak dua Field Citation (FC) telah dikeluarkan kepada 2 premis yang diperiksa untuk melarang menyimpan, membeli dan menjual buangan yang dikategorikan sebagai buangan terjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan 2, PPKAS (BT) 2005. Operasi Bersepadu yang bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Pasukan PDRM diketuai oleh Inspektor Kumbat Anak Ten, pasukan JAS diketuai oleh En. Zakaria bin Ismail manakala pasukan AADK diketuai oleh Pn Evelyn Jata Anak Achek.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan