Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT
TARIKH : 20.02.24
MASA : 11.00 AM - 03.00 PM
ANGGOTA : PPK WANA/PJ ER/PO AY
TUGAS :
1. Siasatan Hotspot 19/02/2024
2. Pemeriksaan infrastruktur tanah gambut
3. Rondaan Darat
KAWASAN RONDAAN:-
Beaufort - Nukahan- Luagan
PENEMUAN :
1??? Siasatan hotspot 19/02/2024
- HS Menumbok : pemerhatian dari menara tinjau Rumbia mendapati tiada asap aktif dikesan dari kawasan ini
- Lot individu - pemerhatian dari menara tinjau Rumbia mendapati tiada asap aktif dikesan dari kawasan ini
- HS Padas Damit - masih terdapat asap aktif dikesan dari tinjauan di menara tinjau Rumbia
- Tinjauan melalui dron mendapati terdapat asap aktif dari kawasan belukar di kawasan Nukahan dan tidak termasuk dalam hotspot 19/02
2??? Pemeriksaan infrastruktur tanah gambut
- Pemeriksaan paras air di kawasan telaga tiub Kampung Takuli mendapati paras air adalah normal
- Pemeriksaan paras air di Telaga Tiub Kg Kayul mendapati paras air adalah normal
- Pemeriksaan check dam no 2 dan 3 mendapati paras air masih melepasi check dam dan paras air adalah normal
3??? Rondaan Darat
- 1 pt dikesan di Sekolah Kebangsaan Takuli dibuat untuk membakar sarang tikus. Pelaku telah diminta untuk memadamkan PT dan amaran lisan/edaran risalah dan poster telah diberi. PT telah diminta untuk dipadam serta merta
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1. Rondaan dari semasa ke semasa diperlukan bagi mengawal punca yang boleh menyebabkan PT pada musim kemarau
2. Edaran risalah kepada orang awam sebagai langkah kesedaran
Cuaca : Panas/mendung
Sekian.