PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN

DOE Sabah 26/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/02/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN TARIKH : 19 Februari 2024 HARI : Isnin MASA : 2.30 - 4.30 Petang ANGGOTA : PP(K) FM & PJ RLSK TUGAS : 1. Lawatan ke Tapak Projek EIA Cadangan Pembinaan Kemudahan Penstoran dan Pemerolehan Kembali Buangan Terjadual (Luar Tapak) yang terletak di Lot 33-3 of CL015674021 dan sebahagian tanah CL.015674290 & CL.015682872 (Lot No 9, 10 and 11), IZ3, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah 2. Rondaan Darat OMPT LOKASI : ??1. KKIP, Kota Kinabalu?? ??2. Sepanjang Perjalanan Pergi dan Balik dari Pejabat ke KKIP?? LAPORAN & PENEMUAN : - 1. Kawasan terletak di zon perindustrian khas (Special Industry – IN(S), IZ3, KKIP yang melibatkan premis kemudahan penstoran buangan terjadual (luar tapak) sedia ada yang telah dilesenkan dan penambahan tiga (3) lot tanah yang baru terletak di belakang lot premis sedia ada untuk kemudahan pemerolehan kembali (recovery). 2. Keadaan semasa di tapak projek adalah tanah lapang dan terdapat cerun terdedah yang mengalami hakisan tanah bersebelahan dengan lot tanah yang dicadangkan. 3. Kawasan dan penerima sensitif yang dikenalpasti adalah Seri Malawa Apartment (> 800 meter) dan Politeknik Kota Kinabalu (~ 900 meter). Tiada kawasan penempatan penduduk diperhatikan di dalam kawasan zon penampan 500 meter yang disyorkan dalam garis panduan SZIRA (2012). 4. ???Lawatan juga mendapati terdapat keperluan untuk mengambil data garis dasar (baseline) yang baru dan di lokasi yang berlainan dengan mengambilkira aktiviti pemerolehan kembali yang dicadangkan yang mana akan melepaskan efluen dan bahan pencemar udara. 5. Rondaan darat OMPT juga dijalankan semasa perjalanan pergi dan balik dari pejabat ke lokasi tapak projek di sepanjang jalan di Jalan UMS-Sepanggar dan KKIP. ??? Tiada pembakaran ?? terbuka dikesan sepanjang laluan. CUACA: Cerah & Panas ???? Sekian laporan. Unit EIA & Input Pembangunan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan