Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT
TARIKH : 18.02.24 (AHAD)
MASA : 7.30 AM - 03.30 PM
ANGGOTA : PPK AMM/PPK WANA/PJ MH
TUGAS :
1. Siasatan Hotspot 17/02/2024 dan susulan hotspot yang lalu
2. Rondaan Darat
KAWASAN RONDAAN:-
Beaufort - Jalan Bintuka - Padas Damit- Jalan Bangkalalak - Mempagar - Bingkul - Beaufort
PENEMUAN :
1??? Siasatan hotspot 17/02/24
- 3 hotspot telah dilaporkan dan disiasat
- pemeriksaan lapangan menggunakan dron mendapati hotspot telah terpadam sepenuhnya.
- Lokasi 3 hotspot dalam HS Padas Damit (Tanah Gambut)
2??? Pemerhatian dron telah mengesan 1 lokasi baru di dalam Hutan Simpan Padas Damit (Selaud) masih aktif terbakar (tanah gambut).
- Kerja pemadaman masih dibuat oleh pihak Bomba.
3??? Paras air di parit adalah normal dan mencukupi.
4???. Punca kebakaran disyaki daripada pencerobohan hutan simpan (aktiviti pemburuan haram atau pertanian).
5??? Angin kencang semasa siasatan di buat boleh menjadi penyebab kebakaran merebak dengan cepat
6??? Rondaan Darat di tempat lain tidak mengesan PT
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1???. Rondaan dari semasa ke semasa diperlukan bagi mengawal punca yang boleh menyebabkan PT pada musim kemarau
2???. Program kesedaran berkaitan larangan PT di kawasan tanah gambut boleh diperluaskan di kawasan Bintuka
3???. Rondaan akan diteruskan besok 19/2/24
Cuaca : Panas
Sekian.
18/2/24