PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 26/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/02/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

14 Februari 2024, Kuala Lumpur – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan siasatan aduan serta rondaan mencegah pembakaran terbuka (OMPT). Pasukan penguatkuasa JASWPKL telah mengambil keterangan dan rakaman percakapan pihak yang disyaki. Adalah diingatkan bahawa melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pelaku boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000.00 atau dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun. JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut :
  1. Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
  2. E-mel ke [email protected] ; dan
  3. Portal Aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan