PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

KOLOKIUM PEMANTAPAN PEMAHAMAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 : KE ARAH PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN YANG LEBIH BAIK

DOE WP Kuala Lumpur 26/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KOLOKIUM PEMANTAPAN PEMAHAMAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 : KE ARAH PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN YANG LEBIH BAIK
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/02/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

Kuala Lumpur, 15 Februari 2024 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menganjurkan satu program bertajuk ‘Kolokium Pemantapan Pemahaman Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 : Ke Arah Penyediaan Kertas Siasatan Yang Lebih Baik’ bertempat di Bilik ‘Chatterbox’, HIVE 5, Taman Teknologi Mranti, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujuan utama pelaksanaan program selama satu hari ini adalah sebagai satu sesi perkongsian antara panel jemputan iaitu Penasihat Undang – Undang Jabatan Alam Sekitar Malaysia (PUU JAS), Puan Nurliyana binti R. Azmi dari Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, Putrajaya dengan pegawai-pegawai penguatkuasa JASWPKL dalam memantapkan lagi pemahaman undang – undang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan juga penyediaan kertas siasatan bagi kes-kes jenayah alam sekitar. Program Kolokium dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Puan Zuraini Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL seterusnya diikuti dengan 3 sesi pembentangan oleh panel jemputan. Sesi pertama bertajuk ‘Pemakaian dan Penambahbaikan Bagi Penstrukturan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, AKAS 1974’ diikuti dengan sesi pembentangan kedua bertajuk ‘Kes No Further Action’ - Punca Dan Cadangan Solusi Ke Arah Penyediaan Kertas Siasatan Yang Lebih Mantap. Seterusnya program bersambung selepas rehat tengahari dengan sesi pembentangan terakhir iaitu ‘Succesfull Story – Perkongsian Kejayaan Kes Pendakwaan JAS’ dan sesi soal jawab. Pihak penganjur mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai JAS WPKL yang terlibat serta setinggi - tinggi penghargaan terima kasih kepada Puan Nurliyana binti R. Azmi di atas kesudian beliau melapangkan masa untuk hadir bagi merealisasikan penganjuran program ini. Adalah diharapkan semua objektif program telah tercapai seterusnya menyuntik azam dan semangat yang lebih tinggi di kalangan pegawai JAS WPKL untuk memberi perkhidmatan dan menjalankan amanah yang telah diberikan dengan lebih baik.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan