Kuala Lumpur, 13 Februari 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan pemeriksaan ke salah satu premis perkhidmatan kesihatan di sekitar Kuala Lumpur. Premis perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat kesihatan menjana buangan terjadual iaitu buangan klinikal dan pengurusan buangan tersebut adalah tertakluk kepada Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Pemeriksaan ini diadakan bagi memastikan pihak premis sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pihak premis diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sebarang ketidakpatuhan terhadap perundangan tersebut akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.
JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]