PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BUNYI BISING DARI KENDERAAN BERMOTOR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL) DENGAN KERJASAMA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT) IBU PEJABAT POLIS KONTINGEN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 26/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BUNYI BISING DARI KENDERAAN BERMOTOR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL) DENGAN KERJASAMA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT) IBU PEJABAT POLIS KONTINGEN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/02/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

KUALA LUMPUR, 13 FEBRUARI 2024 – Pada 10 dan 11 Februari 2024, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan operasi malam sempena Tahun Baharu Cina bagi penguatkuasaan kawalan bunyi bising kenderaan bermotor di sekitar Jalan Tun Razak dan Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Operasi bunyi bising yang disertai oleh 8 orang penguatkuasa JAS WPKL dengan kerjasama dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur ini diadakan bagi penguatkuasaan pelepasan bunyi bising daripada motosikal. Sebanyak 263 buah kenderaan telah diuji bagi memastikan pemilik dan pengguna kenderaan bermotor mematuhi paras bunyi bising yang telah ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Daripada 263 buah kenderaan yang telah diuji, sebanyak 17 Notis Arahan di bawah Seksyen  48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan. Orang ramai diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal sehingga boleh menyebabkan pelepasan bunyi bising melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan