PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 22/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
22/02/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

11 FEBRUARI 2024, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka yang diterima. Hasil siasatan pasukan penguatkuasa JASWPKL mendapati aduan adalah berasas dan terdapat kesan pembakaran terbuka sisa domestik yang ditemui. Poster larangan pembakaran terbuka telah diletakkan di kawasan yang diadu. JASWPKL komited melakukan pemantauan secara berterusan melalui Ops Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) walaupun pada hari cuti umum bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku. Adalah diingatkan bahawa melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Sek. 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pelaku boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000.00 atau dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun. JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut :
  1. Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
  2. E-mel ke [email protected] ; dan
  3. Portal Aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan