Penerangan
8 FEBRUARI 2024, JINJANG, KEPONG – Pemeriksaan ke atas tapak projek EIA, loji rawatan kumbahan serantau Batu, Jinjang Kepong telah dijalankan oleh pegawai penguatkuasa JASWPKL. Pemeriksaan bertujuan bagi mengetahui status kerja bagi projek yang telah tertangguh sejak tahun 2020.
Pembinaan loji rawatan kumbahan serantau Batu, Jinjang Kepong ini dijangka menerima aliran kumbahan sebanyak 750,000 population equivalent (PE) dari loji-loji rawatan kumbahan kecil yang akan dirasionalisasi dibawah program Greater Kuala Lumpur Pakej D43 (Rangkaian Paip Pembetungan di Batu, Jinjang Kepong).
Pemeriksaan ke loji ini, turut disertai wakil dari Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebarang ketidakpatuhan terhadap syarat EIA merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 34A (8) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 di mana denda tidak lebih daripada RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.