PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 22/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
22/02/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2024 : Unit Zon Selatan JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membuat pemeriksaan verifikasi Alat Kawalan Pencemaran Udara (AKPU) di sebuah premis. Pemeriksaan verifikasi dijalankan berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) di bawah Peraturan 7(5), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Pemeriksaan yang dijalankan termasuk pengesahan binaan alat AKPU sebagaimana yang dinyatakan dalam lukisan kejuruteraan, keadaan pengoperasian sistem berkenaan dan pemantauan prestasi. SKPU berfungsi untuk mengawal pengeluaran bahan pencemar udara dari aktiviti pemprosesan di premis industri. Pihak premis dan perunding perlu mengemukakan maklumat yang benar dan tepat kepada Jabatan. Tindakan tegas boleh diambil jika maklumat yang palsu atau mengelirukan dikemukakan dibawah Peraturan 28, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan