Penerangan
Kuala Lumpur, tarikh 08 Februari 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan operasi Bunyi Bising Kenderaan Motor di Balai Polis Trafik Tun H.S.Lee, Kuala Lumpur.
Operasi penguatkuasaan ini diadakan bagi memastikan pemilik dan pengguna kenderaan bermotor sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Pemilik dan pengguna kenderaan bermotor diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan sebarang ketidakpatuhan terhadap perundangan tersebut akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.