Penerangan
Kuala Lumpur, 05 Februari 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan pemeriksaan ke sebuah premis pembekal dan penyelenggaraan peralatan pembinaan di sekitar Kuala Lumpur.
Pasukan Penguatkuasa JASWPKL telah memeriksa pengurusan buangan terjadual yang dijana dari premis pembekal dan penyelenggaraan peralatan pembinaan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 2005.
Pihak premis adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan dan pelanggaran peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.