PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN DI SEDENAK, KULAI

DOE Johor 21/02/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN DI SEDENAK, KULAI
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/02/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

JOHOR BAHRU, 19 Februari 2024 – Di pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff telah mempengerusikan satu Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC) bertujuan membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi sebuah projek pembangunan berkeluasan 2,000 hektar yang dicadangkan di Sedenak, Kulai. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penilaian, Pn. Hazrina binti Salleh, Pegawai Kawalan Kanan, Pn. Nooradilla binti Mohamed , Pegawai Kawalan, Pn. Noor Shuhada binti Mohamad Zaki, dan Penolong Pegawai Kawalan, Pn. Nur Shafikkha binti Misnan bagi melaksanakan Audit Penilaian bagi Laporan EIA. Pegawai-pegawai dari JAS Johor dan ahli-ahli EIATRC iaitu wakil Majlis Perbandaran Kulai, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor), Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) dan Jabatan Mineral dan Geosains Johor (JMG) juga turut memyertai mesyuarat ini. Mesyuarat ini dibentangkan oleh pihak perunding dan penggerak projek berkenaan keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek, langkah-langkah kawalan yang akan dibina, isu-isu dan maklumat-maklumat berkaitan. Untuk memastikan Laporan EIA Jadual Pertama, Aktiviti 17 dan 18 ini disediakan mengikut Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, ulasan-ulasan dari agensi teknikal telah diambil maklum oleh JAS Johor.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan