PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

JAS PULAU PINANG DIJEMPUT KE MAJLIS REQUEST PLEASURE OF YOUR COMPANY (RPC) TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA BERSAMA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 19/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PULAU PINANG DIJEMPUT KE MAJLIS REQUEST PLEASURE OF YOUR COMPANY (RPC) TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA BERSAMA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/02/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

14 FEBRUARI 2024, PADANG KOTA : JAS Pulau Pinang telah menghadiri Majlis Request Pleasure Of Your Company (RPC) anjuran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertempat di Anjung Delima, Pejabat Wakil Tentera Laut (PWTL) Pulau Pinang. Majlis Request Pleasure Of Your Company (RPC) ini telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang, barisan tertinggi TLDM dan juga ketua-ketua jabatan. Antara tetamu yang hadir adalah YB Dato’ Haji Rosli Bin Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Laksamana Madya Dato' Ts Shamsuddin bin Hj Ludin, Panglima Armada Barat, Laksamana Muda Baharuddin bin Wan Md Nor, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Laut, Laksamana Pertama Roslee bin Mohd Isa, Panglima Wilayah Laut 3, Dato' Ir. Rajendran A/L P. Anthonydr, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato' Azhar Bin Haji Arshad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Vishanthini A/P Kanasan, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Puan Haryany Mohamad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, Encik Shapee bin Che Embi, Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pulau Pinang, dan PPjKR Noriemie Bin Ismail, Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang. Manakala Puan Norma Abd Razak mewakili Pengarah JAS Pulau Pinang. Tetamu dipersembahkan dengan demonstrasi Sunset Ceremony, kawad senyap dan tayangan montaj. Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang merakamkan setinggi penghargaan di atas kerjasama berterusan dari pihak TLDM terutamanya dari Pejabat Wakil Tentera Laut (PWTL) Pulau Pinang dan KD Sri Pinang dalam menjayakan program kesedaran alam sekitar. Anggota PWTL turut mendaftar sebagai Rakan Alam Sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan