Penerangan
13 Februari 2024, Kawasan Perindustrian Rancha-Rancha, WP Labuan - Unit Pengawasan JASWPL telah menjalankan Program Pengawasan Kualiti Air Tanah di 1 Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Asian Supply Base, Rancha-Rancha, Labuan.
Bagi mempertingkatkan kualiti air tanah yang komprehensif, persampelan air tanah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis. Aktiviti persampelan ini dijalankan adalah bagi memantau tahap kualiti air tanah di dalam pengawalan punca-punca yang boleh menyebabkan pencemaran melalui pemantauan berkala yang dirancang bagi tahun 2024.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_februari_2024