Penerangan
5 Februari 2024 - Patau-Patau, W.P. Labuan
JASWPL telah menjalankan pemeriksaan Tapak Projek EIA Cadangan Projek Pembinaan Fasiliti Pengurusan dan Penstoran Buangan Terjadual di Patau-Patau, W.P. Labuan.
Tujuan pemeriksaan adalah bagi mendapatkan maklumat yang tepat di tapak sedia ada dan keadaan semasa tapak cadangan projek mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Cadangan projek ini berkeperluan untuk menyediakan satu laporan EIA kerana aktivitinya yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_februari_2024