PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT

DOE Sabah 16/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
16/02/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT TARIKH : 15.02.24 MASA : 8.00 AM - 05.00 PM ANGGOTA : PPK WANA/PJ ER/PO AY TUGAS : 1. Siasatan Aduan pencemaran sungai Panabaan oleh sisa simen 2. Rondaan Darat KAWASAN RONDAAN:- Keningau - Sapulut - Pensiangan - Nabawan PENEMUAN : 1??? Siasatan Aduan - Pemeriksaan bermula di lokasi di adu iaitu kawasan batching plan. Batching plan dibuka untuk projek naiktaraf jalanraya kawasan Panabaan. Lokasi batching plan adalah bersebelahan dengan Sungai Panabaan yang digunapakai penduduk kampung untuk aktiviti seharian kerana tiada bekalan air bersih di kampung berkenaan - Kehadiran lori simen di kawasan kampung didakwa menyebabkan pencemaran sungai kerana aktiviti membersihkan sisa simen dari badan lori dibuang terus ke dalam sungai. Selain itu, apabila hujan, sisa simen daripada kawasan bancuhan akan mengalir masuk ke sungai - Pemeriksaan lapangan mendapati aduan adalah berasas kerana terdapat kesan-kesan simen di batu/rumput yang telah kering di beberapa tempat sekitar sungai - Pasukan telah menebual beberapa orang pekerja batching plan dan berjaya mendapatkan lokasi pejabat operasi mereka - Lokasi batching plan adalah dibawah kendalian syarikat Winabalu Sdn Bhd dan menurut wakil premis (En Alfian - Assistant Manager), mereka juga ada menerima aduan dari penduduk kampung. Bertindak dari aduan, premis telah ? membina 5 kolam penapisan bermula di kawasan bancuhan simen sebelum air disalurkan keluar dari kawasan bancuhan ? lori simen tidak lagi mencuci lori di kawasan sungai sebaliknya telah dibina kolam khas untuk lori membuang sisa. - Pasukan telah meminta premis untuk kerap menjalankan penyelenggaraan kolam penapis kerana pemeriksaan lapangan tidak nampak ketara kolam seperti yang dimaksudkan dan menjalankan pembersihan sisa simen di kawasan sekitar sungai. ?Semasa lawatan di lokasi diadu, pasukan turut membuat lawatan di aspal plan berhampiran dibawah kendalian premis yang sama dan telah mengarahkan premis mengemukakan Notifikasi bagi 1 unit janakuasa dan 1 unit burner+cerobong ? Pemeriksaan di pejabat premis mendapati premis tertakluk kepada PPKAS BT 2005. Pejabat premis menjadi lokasi penyelenggaraan kenderaan/mesin yang diguna sepanjang kerja-kerja pembinaan jalan. Wakil premis telah diberi penerangan berkaitan peraturan berkaitan ? Premis akan didaftar sebagai punca baru di dalam ekas 2??? Rondaan Darat - Tiada PT dikesan TINDAKAN PENGUATKUASAAN 1. FC telah dikeluarkan untuk premis bagi laporan selepas kerja-kerja housekeeping kawasan batching plan, buat notifikasi janakuasa dan burner, membina stor BT dan lupus BT guna kontraktor berlesen 2. NA seksyen 31&37 akan dikeluarkan mengikut perundangan berkaitan 3. Rondaan dari semasa ke semasa Cuaca : Panas Sekian.