PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI STATIK BERSEPADU KENDERAAN BERENJIN PETROL UNIT KENDERAAN MOTOR JAS SELANGOR DAN BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KLANG SELATAN

DOE Selangor 16/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI STATIK BERSEPADU KENDERAAN BERENJIN PETROL UNIT KENDERAAN MOTOR JAS SELANGOR DAN BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KLANG SELATAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
16/02/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

11 January 2024, Klang - Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Klang Selatan telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu Kenderaan Berenjin Petrol di Jalan Kebun, Klang. Sejumlah 271 buah kenderaan berenjin petrol termasuk motosikal telah melalui sekatan jalan raya di sepanjang masa operasi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 buah lori kecil dan van serta 5 buah motosikal telah ditahan dan menjalani ujian pelepasan bahan pencemar bergas Karbon Monoksida dan Hidrokarbon menggunakan “Gas Analyser??. Manakala Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM telah dikeluarkan kepada pemilik 4 buah motorsikal di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Para pemilik kenderaan berenjin petrol adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan