Penerangan
23 Januari 2024, Shah Alam – Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor telah menjemput pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor bagi menyampaikan taklimat berkenaan skop kerja penguatkuasaan dan bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar. Taklimat telah di sampaikan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Selangor daripada unit Aduan,Pembakaran Terbuka dan Kes Kecemasan. Seramai 50 orang anggota operasi dari 9 daerah sekitar Negeri Selangor telah terlibat dalam sesi taklimat ini. Sesi taklimat selama 2 jam ini meliputi skop penerangan seperti aspek pengenalan Jabatan Alam Sekitar, pemantauan kualiti udara, sungai dan marin oleh Jabatan Alam Sekitar, tugas dan peranan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dalam aktiviti penguatkuasaan, perkongsian kaedah siasatan kes pencemaran alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Isu dan Cabaran Kes Pencemaran Alam Sekitar. Program taklimat ini juga bertujuan untuk meningkatkan kerjasama diantara pihak JAS Selangor dan APM pada masa akan datang.