PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Pengurusan JAS

AUDIT PEMATUHAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 (AKTA 514).

4dm1n@d03 16/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AUDIT PEMATUHAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 (AKTA 514).
Tahun
2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor
Diskripsi
7 Februari 2024 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah menjalankan audit ke atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Seramai 5 orang pegawai JKKP Selangor telah menjalankan audit dan telah diketuai oleh En. Mohd Khairul Fitri Samsudin Timbalan Ketua Seksyen Penguatkuasaan. Majlis pembukaan dan penutup telah dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa JKKP JAS Selangor._x000D_ JAS Selangor berharap melalui pengauditan yang dijalankan ini dapat memberi penambahbaikan ke atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di jabatan ini dan berterima kasih kepada pihak JKKP Selangor diatas kesudian berkongsi ilmu dan maklumat-maklumat berguna bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan