Penerangan
12 Februari 2024, KOTA TINGGI – Pasukan Penguatkuasa JAS Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan penguatkuasaan ke atas loji-loji pengolahan kumbahan di sekitar kawasan Kota Tinggi bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati loji-loji tersebut adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Terdapat beberapa perkara berkaitan yang memerlukan tindakan penambahbaikan oleh premis bagi memastikan proses di loji-loji beroperasi dengan baik. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada pihak premis supaya mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera.
Pihak premis adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak tersebut dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekeliling.