Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LEPAS AIR BERWARNA BIRU, KILANG PLASTIK DITAHAN OPERASI DAN DIARAH JALANKAN PEMBERSIHAN SERTA-MERTA
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 15/02/2024
- Organisasi
- DOE Johor
- Lokasi
- Johor
Penerangan
9 FEBRUARI 2024 SENAI, Johor - Pasukan Rondaan OMPT Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah mengesan air bewarna biru didalam longkang awam di Kawasan Perindustrian Senai II ketika membuat rondaan mencegah pembakaran terbuka.
Hasil siasatan Pasukan Rondaan telah menjumpai punca pelepasan air berwarna biru dari sebuah premis berasaskan produk plastik. Premis tersebut diarahkan memberhentikan operasi serta merta dan dikenakan penahanan operasi kelengkapan (POK).
Premis juga telah diarahkan membendung pelepasan air berwarna biru yang masuk ke longkang awam dan mengepamnya ke dalam IBC serta membuat langkah pembersihan serta merta.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.
Jabatan Alam Sekitar komited memastikan pematuhan berterusan dengan membuat rondaan ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina dan tiada aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan kualiti udara terjejas.