PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PREMIS PEMPROSESAN MAKANAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL)

DOE WP Kuala Lumpur 15/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PREMIS PEMPROSESAN MAKANAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
15/02/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

Kuala Lumpur, 31 Januari 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan pemeriksaan ke salah satu premis pemprosesan makanan di sekitar Kuala Lumpur. Pemeriksaan dijalankan ke atas sistem pengolahan efluen perindustrian mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam sekeliling (Efluen Perindustrian), 2009 dan sistem kawalan pencemaran udara mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam sekeliling (Udara Bersih), 2014. Pasukan Penguatkuasa JASWPKL turut memeriksa pengurusan buangan terjadual yang dijana dari aktiviti pemprosesan dan juga dari enapcemar sistem pengolahan efluen perindustrian di premis mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 2005. Pihak premis adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan dan pelanggaran peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan