PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BIL. 1/2024 – JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 15/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BIL. 1/2024 – JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
15/02/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

2 FEBRUARI 2024, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Ops Gempur Siri 1/2024 pada 17 - 18 Januari 2024 ke atas loji kumbahan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Operasi ini melibatkan 9 pasukan dengan kekuatan anggota seramai 30 orang pegawai penguatkuasa. Ops Gempur dijalankan bagi memastikan operasi loji kumbahan sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan), 2009. Selain itu, ia juga menunjukkan keseriusan Jabatan dalam membanteras dan mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang melanggar perundangan alam sekitar. Sebanyak 18 loji kumbahan telah diperiksa dan 7 pensampelan rasmi telah dibuat dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Pensampelan bertujuan bagi memastikan pembuangan kumbahan dari loji kumbahan mematuhi had parameter yang ditetapkan. Sebanyak 22 tindakan perundangan telah diambil dengan 4 Notis Arahan dan 18 Arahan Lapangan (Field Citation) telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan), 2009. JAS WPKL akan sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut :
  1. Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
  2. E-mel ke [email protected] ; dan
  3. Portal Aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan