4 FEBRUARI 2024, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan siasatan berkaitan empat (4) aduan pembakaran terbuka (PT) yang diterima.
Hasil siasatan pasukan penguatkuasa JASWPKL mendapati aduan adalah berasas dan terdapat kesan PT ditemui di sekitar kawasan yang dipenuhi dengan sisa domestik. Notis dan poster larangan pembakaran terbuka telah ditampal di pintu masuk premis yang diadu. Amaran secara lisan dan pamplet larangan pembakaran terbuka juga telah diberikan kepada pemilik premis.
JASWPKL akan melakukan pemantauan aduan ini secara berterusan melalui Ops Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) bagi memastikan aktiviti pembakaran terbuka tidak berulang.
Melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Sek. 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pelaku boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000.00 atau dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.
JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut :
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]