PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SIASATAN ADUAN BERSEPADU ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BERSAMA-SAMA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

DOE WP Kuala Lumpur 15/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN BERSEPADU ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BERSAMA-SAMA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
15/02/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

2 FEBRUARI 2024, SETIAWANGSA – JAS WP Kuala Lumpur diketuai oleh Pengarah, Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin dan Unit Aduan serta Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat telah menjalankan siasatan secara bersepadu dengan Jabatan Kesihatan Alam Sekitar (JKAS) dan Unit Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Parlimen Setiawangsa ke lokasi aduan pencemaran bau daripada aktiviti penternakan haiwan di kawasan Bukit Dinding, Setiawangsa. Aduan diterima daripada Pejabat Yang Berhormat Menteri (YBM) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), pada 1 Februari 2024. Hasil siasatan, mendapati terdapat aktiviti penternakan lembu dan kambing yang dilaporkan telah beroperasi hampir 20 tahun. Walaubagaimanapun, aktiviti penternakan haiwan tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sehubungan dengan itu, isu tersebut telah pun diambil tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagaimana peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa agensi tersebut. Orang ramai diminta untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, emel ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan