PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN

DOE Sabah 13/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
13/02/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>SANDAKAN

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN TARIKH : 8.2.2024 (Khamis) MASA : 08:00AM - 17:00PM PEGAWAI PERONDA : PPKK SSJ, PJ ASAS & Pmd KH KAWASAN RONDAAN Sepanjang jalan Kampung Paris - Kinabatangan TUGAS: 1. Pemeriksaan CAC di KKS Kwantas Mewah. 2. Rondaan OMPT PENEMUAN: KKS KWANTAS MEWAH 1. Susulan mesyuarat perbentangan status pematuhan KKS di bawah syarikat KWANTAS di JAS KK pada 10 November 2023, pihak Kwantas telah menetapkan SKPU jenis Scruber akan di pasang di setiap kilang, namun kks Mewah masih belum memulakan kerja pembinaan kerana pemasangan SKPU tersebut akan bermula di kks Kwantas Haranky dalam masa terdekat : Arahan kpd kks mempercepatkan pembinaan tersebut dan mengemukakan pelan perlaksanaan serta memastikan surat ambil maklum Pemberitahuan Bertulis terlebih dahulu di perolehi dari JAS sebelum memulakan kerja pembinaan. 2. Benteng kolam antara kolam Aerobik no. 1 & no. 2 perlu dikukuhkan kerana telah mendap. 3. Pemerhatian keadaan fizikal kolam Acidification pond, Anaerobik no. 1 dan Aerobik no.1 tidak diselenggara dan terdapat pembentukan sekam dan mendakan enapcemar yg berpotensi menjejaskan keupayaan perawatan kolam pengolahan effluen : Arahan melaksanakan penyelenggaraan desludging & mengemukakan pelan perlaksanaan. 3. Alat flowrate meter di Takat Pelepasan hendaklah mencatatkan bacaan dalam unit m³/jam mengikut syarat lesen operasi no. 5. 5. Mesyuarat EQMC (elemen EMAINS) dilaksanakan pada februari 2023 : Arahan melaksanakan mesyuarat tersebut setiap 3 bulan mengikut kehendak yg ditetapkan dalam EMAINS. 6. ERP hendaklah dikemaskini dengan memasukan semua elemen berkaitan alam sekitar. 7. OYB bagi POME & BT belum dilantik : Arahan menyegerakan perlantikan tersebut. 8. Peralatan CEMS telah rosak : Arahan menyelenggara dan mengkalibrasi sistem tersebut dan memastikan pada setiap masa data di hantar tanpa gagal ke JAS secara online iREMOTE. 9. Pembinaan kemudahan stor simpanan TKKS telah siap sepenuhnya dimana TKKS dilupus secara mulching dan ke IPP refinery Kwantas. 10. Pengurusan & rekod BT di kemaskini & diselenggara mengikut garispanduan penstoran BT. Tiada tumpahan berlaku. 11. Kawasan pengairan tanah (ladang) diselenggara dan terkawal. Tiada limpahan dan pintasan berlaku. RONDAAN OMPT 1. Tiada PT dikesan semasa rondaan. TINDAKAN PENGUATKUASAAN: 1. Field Citation (1) 2. Syor Notis Arahan (1) CATATAN: Tiada Cuaca : Mendung Sekian.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan