Penerangan
1 FEBRUARI 2024, SEBERANG JAYA : JAS Pulau Pinang telah menerima sijil penghargaan sebagai panel penilai dalam Program Sekolah Hijau Pulau Pinang 2023 yang dianjurkan oleh Penang Green Council (PGC) bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandararaya Seberang Perai (MBSP).
Majlis Anugerah Sekolah Hijau 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di The Light Hotel telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut hadir sama ialah YB. Dato’ Seri Sundarajoo Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Puan Josephine Tan Mei Ling, General Manager, Penang Green Council (PGC).
Pemenang Sekolah Hijau 2023 Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah rendah dan menengah dimana johan membawa pulang wang tunai RM5000 dan naik johan RM3000:
Kategori Sekolah Rendah
Johan : SK Bayan Baru
Naib Johan : SJK (C) Yok Eng
Kategori Sekolah Menengah
Johan : SMK Convent Butterworth
Naib Johan : SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad
Dalam majlis yang sama, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Toray Recycling Competition 2023&+ (AND PLUS) bagi pengumpulan PET botol plastik yang dikitar semula kepada sintetik fiber turut diadakan.
JAS Pulau Pinang merakamkan setinggi penghargaan kepada PGC, MBPP dan MBSP kerana melantik JAS Pulau Pinang sebagai panel penilai saban tahun. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang dan sekolah-sekolah yang terlibat dalam Program Sekolah Hijau Pulau Pinang 2023.