Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG KE ATAS PREMIS YANG DITETAPKAN KILANG KELAPA SAWIT
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 13/02/2024
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
29 Januari 2024, NIBONG TEBAL – Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas sebuah kilang kelapa sawit telah dijalankan oleh pegawai JAS Negeri Pulau Pinang bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat-syarat Jadual Pematuhan yang dikeluarkan dipatuhi sepenuhnya.
Pemeriksaan ke atas pelepasan asap hitam cerobong dandang dijalankan bagi memastikan pelepasan mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Selain itu, pemeriksaan turut dijalankan ke bahagian-bahagian pemprosesan kelapa sawit dan kolam Sistem Pengolahan Efluen untuk memastikan ianya sentiasa beroperasi dan diselenggara dengan baik oleh pihak premis.
JAS Pulau Pinang mengingatkan kepada semua kilang kelapa sawit untuk sentiasa peka dan komited dalam memastikan semua syarat lesen dipatuhi tanpa gagal.