PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS MELEPASKAN EFLUEN BERWARNA PUTIH KE LONGKANG AWAM

DOE Perak 13/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS MELEPASKAN EFLUEN BERWARNA PUTIH KE LONGKANG AWAM
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
13/02/2024
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

IPOH, 7 Februari 2024 – Pada awal bulan Januari 2024 yang lepas, pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menahan operasi sistem pengolehan efluen perindustrian (SPEP) sebuah premis yang dikenalpasti melepaskan efluen berwarna putih ke dalam longkang awam tanpa rawatan yang sempurna. Pelepasan berwarna putih dikesan di aliran longkang di satu kawasan industri di Ipoh. Penjejakkan aliran di dalam longkang awam ini mendapati efluen berwarna putih adalah dilepaskan dari sebuah industri pemprosesan sarung tangan getah. Tindakan penahahan operasi kelengkapan telah diambil di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKTA 127) dan pihak kilang diarah untuk menghentikan pencemaran serta merta dari pelepasan SPEP premis. Pihak industri adalah dinasihatkan untuk sentiasa memantau prestasi sistem pengolahan efluen perindustrian dan memastikan pelepasan adalah mematuhi Standard yang dibenarkan. Operasi SPEP hendaklah dipantau dan diselanggara oleh Orang Yang Berwibawa (OYB) yang telah ditauliah oleh Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) bagi memastikan ianya sentiasa beroperasi dalam keadaan optimum.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan