PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAWATAN KERJA DELIGASI PENGARAH JAS NEGERI PERAK KE STESEN-STESEN JANAKUASA SUNGAI PERAK BERSAMA TNB GENCO

DOE Perak 13/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA DELIGASI PENGARAH JAS NEGERI PERAK KE STESEN-STESEN JANAKUASA SUNGAI PERAK BERSAMA TNB GENCO
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
13/02/2024
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

GERIK, 5 Februari 2024. Pihak TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) dalam proses memuktamadkan kontrak bersama pihak kontraktor utama bagi projek Program Lanjut Jangka Hayat (HELP) di Stesen-stesen Janakuasa Sungai Perak (SSJ.Sg.Perak) bagi pengurusan dan pengkelasan sisa projek. Stesen-stesen janakuasa yang terlibat adalah terdiri daripada Stesen Janakuasa Temengor, Stesen Janakuasa Bersia, Stesen Janakuasa Kenering dan Stesen Janakuasa Chenderoh.   Satu lawatan kerja oleh deligasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak, Dato’ Ts. Dr. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh telah diadakan pada 5 dan 6 Februari 2024 yang lalu. Program ini adalah untuk melihat perancangan pelaksanaan Projek Lanjut Jangka Hayat Stesen-Stesen Janakuasa Sungai Perak dan  memberi input dan juga garis panduan pengurusan dan pengkelasan sisa yang terhasil bagi projek ini terutama berkaitan dengan pengurusan sisa yang dikategori sebagai Buangan Terjadual yang tersenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 serta juga kawalan pembinaan struktur bangunan yang akan dibina untuk stor kerja-kerja penyelanggaran dan  stor menempatkan sisa-sisa projek.   Dalam lawatan ini, Pihak TNB Genco telah memberi penerangan dan juga membawa melawat komponen-komponen utama seperti turbine, generator dan pusat kawalan operasi yang akan melalui proses penukaran gantian peralatan mekanikal dan elektrikal yang baharu dalam skala yang besar. Projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf dan penambahbaikan terhadap alatan stesen mekanikal dan elektrikal, struktur bangunan dan empangan bagi menjamin kesiapsiagaan stesen untuk beroperasi selama 40 tahun yang akan datang.   Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak akan sentiasa memberi komitmen dalam khidmat nasihat dan memberi fasilitasi ke arah pengurusan alam sekitar yang mampan dan mengangkat 2030 Agenda for Sustainable Development (SDG) dalam disiplin Tenaga Bersih (Clean Energy).   #NRECC #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_februari2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan