PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS DIANTARA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA BERSAMA NGO BERKAITAN PENAMBAKAN LAUT DI MELAKA

DOE Melaka 07/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS DIANTARA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA BERSAMA NGO BERKAITAN PENAMBAKAN LAUT DI MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
07/02/2024
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

5 Februari 2024, AYER KEROH, MELAKA - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Encik Rosli bin Mustafa telah meluangkan masa mengadakan sesi libat urus bersama NGO iaitu Pertubuhan Pelihara Pantai Kita / Save Our Seashores Organization (SOS) di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. SOS diwakili Encik Martin Theseira dan Encik Frits van Walsem. Sesi libat urus juga dihadiri oleh Bahagian Pembangunan dan Unit Penguatkuasaan EIA JAS Negeri Melaka. Pihak NGO telah menyuarakan kebimbangan berkaitan projek penambakan yang sedang giat dijalankan di sekitar Negeri Melaka. Pihak Jabatan mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kebimbangan yang disuarakan oleh pihak NGO tersebut dan mengalu-alukan sebarang maklumat yang diberikan dan telah menyatakan adalah peranan Jabatan untuk memastikan sebarang aktiviti yang tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 dijalankan dengan mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jika mempunyai sebarang aduan berkaitan pencemaran ia boleh disalurkan secara atas talian melalui laman sesawang eaduan.doe.gov.my Jabatan ini menggesa pihak pemaju projek-projek yang tertakluk EIA untuk melaksanakan langkah-langkah mitigasi yang telah dicadangkan didalam laporan EIA masing-masing bagi meminimakan impak kepada alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan