22 Januari 2024, Ipoh- Mesyuarat Jawatankuasa Penggerak Projek Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2030 sebagai panduan perancangan dan pelaksanaan Pembangunan di Peringkat Negeri. Objektif kajian ini diadakan adalah:
- Menyediakan Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2030.
- Mencadangkan hala tuju dan strategi di peringkat negeri dalam pelaksanaan bandar pintar berdasarkan isu dan cabaran perbandaran sedia ada.
- Mengenalpasti inisiatif utama dan projek perintis untuk dilaksanakan di Peringkat Negeri Perak.
- Meningkatkan tahap ketersediaan dan keupayaan masyarakat dalam penggunaan teknologi digital ke arah membentuk sebuah masyarakat pintar.