Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor turut menyertai program yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama beberapa agensi lain. Program yang dijalankan iaitu Ecohub: Where Sustainability Meets Travel dan Eco-Carry: Ditch The Plastic, Carry The Future adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai perubahan iklim dan menyemarakkan konsep kehidupan lestari kepada komuniti dan masyarakat.
Amalan gaya hidup lestari adalah salah satu alternatif dan tanggungjawab kita semua dalam menjaga alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan.