PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

KUNJUNGAN HORMAT KELAB GOLF DIRAJA PAHANG KE JAS NEGERI PAHANG

DOE Pahang 07/02/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT KELAB GOLF DIRAJA PAHANG KE JAS NEGERI PAHANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
07/02/2024
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang>Kuantan

Penerangan

KUANTAN, PAHANG, 15 Januari, 2024 - Yang Berbahagia Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tn. Hj. Wandi Yadzid Hj. Yaakob pada hari ini telah menerima kunjungan daripada Timbalan Presiden II, Kelab Golf Diraja Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Seri Hj. Shafik Fauzan bin Sharif yang diiringi oleh ahli jawatankuasa kelab yang sama. Sesi kunjungan ini adalah bertujuan untuk bertemu mesra selain turut membincangkan isu-isu alam sekitar termasuk isu hakisan pantai kesan daripada perubahan iklim yang dihadapi di padang golf ini. Pihak Jabatan juga telah dimaklumkan mengenai langkah-langkah kawalan yang telah diambil oleh pihak kelab golf ini bagi mengawal kejadian sebegini daripada berterusan. Pertemuan ini juga turut membuka peluang kepada kedua belah pihak untuk menjayakan sesi kolaborasi bersama pada masa akan datang, dalam usaha menyebarluaskan dan mempertingkatkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan rakyat setempat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan