Penerangan
KUANTAN, 1 Januari 2024 - JAS Negeri Pahang telah menyertai Operasi Bersepadu 'Ops Gerak' Ambang Tahun Baru bersama Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (IPK Negeri Pahang), AADK Negeri Pahang, JPN Negeri Pahang dan JPJ Negeri Pahang.
Seramai lapan ( anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap 30 buah kenderaan berenjin diesel serta lebih 50 buah motosikal. Tawaran kompaun berjumlah RM 2,300 dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekelilng 1974 kerana melepaskan asap hitam dan bunyi bising daripada ekzos kenderaan melebihi had yang dibenarkan.
Orang ramai diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar.