PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU ‘OPS LUSUH NEGERI PAHANG’

DOE Pahang 07/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU ‘OPS LUSUH NEGERI PAHANG’
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
07/02/2024
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

KUANTAN, 26 Disember 2023 - Pasukan Penguatkuasaan JAS Negeri Pahang, JAS Cawangan Gebeng, JAS Cawangan Temerloh dan JAS Cawangan Rompin telah menyertai ‘Ops Lusuh’ bersama-sama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Bandaraya Kuantan, Majlis Daerah Rompin, Majlis Daerah Temerloh, Jabatan Mineral dan Galian dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd Pahang pada 21hb Disember 2023 yang lalu. Operasi bersepadu yang diadakan adalah bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan yang ditetapkan di premis barang lusuh, bengkel kenderaan dan kedai “half-cut?? kenderaan di sekitar Daerah Kuantan, Temerloh dan Rompin. Dalam operasi ini, pasukan penguatkuasaan JAS Negeri Pahang telah memeriksa 18 lokasi yang telah dikenalpasti oleh pihak PDRM dan telah mengeluarkan 19 tawaran kompaun, 10 Notis Arahan Seksyen 31 dan 37 serta 18 arahan di lapangan (FC) berdasarkan peruntukan perundangan Jabatan. Persampelan terhadap buangan terpakai yang disyaki sebagai buangan terjadual turut dijalankan dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Pahang untuk dianalisa. Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekeliling.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan