PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI PERLIS

DOE Perlis 07/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI PERLIS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
07/02/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

CHUPING, 3 FEBRUARI 2024– Pasukan penguatkuasa JAS Negeri Perlis telah menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) ke atas beberapa lokasi titik panas (hotspot) dan kawasan yang mengalami cuaca kering di sekitar Chuping. Berdasarkan dua titik panas yang dikesan oleh satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, pasukan penguatkuasa mendapati terdapat kesan pembakaran terbuka di sekitar kawasan ladang. Keadaan cuaca panas dan kering ketika ini telah menyebabkan kawasan ladang dan sekitarnya lebih mudah terbakar. Pekerja ladang telah diberi peringatan supaya memastikan tiada pembakaran terbuka di kawasan ladang dan melaporkan dengan segera sebarang kejadian pembakaran terbuka untuk tindakan lanjut Jabatan ini. Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama MetMalaysia sentiasa memantau kawasan-kawasan yang berisiko terbakar semasa keadaan cuaca panas dan kering. Kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikompaun sebanyak RM2,000 atau denda maksimum RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Kerjasama orang ramai adalah dipohon untuk melaporkan apa-apa kejadian pembakaran terbuka atau pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my #nres #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_feb2024 #MetMalaysia 

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan