PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KUNJUNGAN MUHIBBAH OLEH JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERLIS KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS

DOE Perlis 05/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN MUHIBBAH OLEH JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERLIS KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
05/02/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

KANGAR, 2 FEBRUARI 2024, - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis yang diwakili oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan), Puan Norasmah binti Ab Rani telah menerima kunjungan muhibbah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang dihadiri oleh Encik Ag Shaffie Ag Ahmadni, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Puan Fadhilah binti Mohamad (Timbalan Pengarah) dan Encik Muhamad Afandi bin Zakaria (Pengurus Taman Negeri). Pelbagai perkara berkaitan pengurusan hutan di Negeri Perlis dan isu-isu alam sekitar telah dibincangkan semasa pertemuan ini. Selain itu, turut dibincangkan mengenai hala tuju perancangan pembangunan di kawasan Wang Kelian yang merupakan salah satu kawasan tarikan pelancongan di Negeri Perlis yang terkenal dengan keindahan hutan dan alam semula jadinya. Jabatan Alam Sekitar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di atas komitmen dan jalinan kerjasama dengan JAS demi memastikan kelestarian alam sekitar khususnya di Negeri Perlis sentiasa terpelihara untuk diwarisi oleh generasi akan datang. #nres #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_feb2024 #jabatanperhutanannegeriperlis

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan