Penerangan
CHUPING, 8 Januari 2024 - JAS Negeri Perlis yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi, Puan Nor Juliana binti Jaafor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi sistem pengolahan efluen perindustrian (SPEP) di salah sebuah premis yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Bukit Keteri, Perlis.
Pemeriksaan verifikasi yang dijalankan susulan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) dan 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 merangkumi semakan lukisan sebagaimana binaan, keadaan pengoperasian sistem serta pemantauan prestasi di samping memastikan pemasangan peralatan dan komponen sistem pengolahan efluen tersebut menepati maklumat dalam Pemberitahuan Bertulis yang telah dikemukakan kepada JAS Perlis sebelum ini.
JAS Perlis mengingatkan agar setiap premis yang berpotensi mendatangkan pencemaran hendaklah bertanggungjawab mematuhi sepenuhnya keperluan perundangan yang digariskan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di sepanjang premis beroperasi bagi memastikan kualiti alam sekitar terus terpelihara.
#nres
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_feb2024