Penerangan
16 Januari 2024 , Sungai Buloh - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh untuk meyampaikan ceramah dan mengadakan pameran kesedaran alam sekitar sempena Projek Sekolah Hijau: Pendidikan Untuk Amalan Kelestarian Dalam Kalangan Pelajar Sekolah.
Selain pameran, JAS Selangor juga turut mengambil peluang menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada peserta program.
Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.