1 Februari 2024, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah melaksanakan Ops Gempur Siri 1/2024 pada 23-25 Januari 2024 ke atas premis-premis yang beroperasi di Negeri Perlis. Ops Gempur kali ini diberi nama Ops Minyak Hitam menumpukan aspek pengurusan buangan terjadual yang dihasilkan oleh bengkel-bengkel penyelenggaraan kenderaan dan premis perindustrian dalam Negeri Perlis.
Ops Minyak Hitam ini yang melibatkan 9 pasukan penguatkuasa dengan kekuatan anggota seramai 13 orang diadakan bagi memastikan pengusaha bengkel dan pemain industri yang menjana buangan terjadual sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Selain itu, operasi ini juga menunjukkan komitmen dan keseriusan Jabatan Alam Sekitar dalam membanteras pencemaran alam sekitar dengan mengambil tindakan perundangan yang tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang berkuatkuasa.
Operasi kali ini telah berjaya menjalankan pemeriksaan ke atas 18 premis dan mengenakan tindakan perundangan terhadap kesalahan yang dikesan. Sebanyak 7 Notis Arahan telah dikeluarkan dan 8 syor kompaun sedang disediakan kepada premis yang gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
JAS Negeri Perlis amat komited dalam menjalankan penguatkuasaan berterusan dengan tegas bagi memastikan premis-premis yang diselia sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan di bawah AKAS, 1974 dan mengingatkan pemilik atau operator premis supaya cakna terhadap perkara ini bagi mengelakkan tindakan perundangan dikenakan atas kesalahan yang dilakukan.
Orang awam adalah diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#nres
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_februari2024