Penerangan
?? LAPORAN RONDAAN JAS CAW. SIPITANG??
?? OPS GAMBUT JAS SIPITANG 2024??
?? TARIKH : 01.02.2024 (Khamis)
????? MASA : 10.00 am - 3.00 pm
??????? ANGGOTA : PPK AMM, PJ MH
TUGAS :
1. Siasatan Hotspot di HS Padas Damit dan Kebakaran HS Binsuluk (Kg. Purun).
2. Rondaan Darat OMPT.
?? KAWASAN RONDAAN : Beaufort - Bintuka - Melabau - Nukahan - Kuala Penyu - Kg. Purun - Pimping - Membakut.
Rumusan
Hotspot HS Padas Damit
1.Tinjauan udara melalui drone mendapati kebakaran telah padam sepenuhnya (padam sendiri).
2. Guna tanah kawasan sekitar adalah ladang kelapa sawit persendirian. Terdapat juga beberapa buah rumah burung walit.
3. Paras air di parit adalah normal dan mencukupi.
Kebakaran HS Binsuluk
1. Anggaran kawasan yang terlibat adalah kira-kira 80 hektar.
2.Semakan melalui JTUWMA mendapati keseluruhan kawasan adalah dalam lot yang digazetkan sebagai Hutan Simpan Binsuluk.
3.Tindakan pemadaman telah dijalankan sejak 31.1.2024 oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu. Usaha tertumpu kepada pencegahan api daripada marak ke ladang kelapa sawit.
4.Tinjauan udara mendapati masih ada asap kebakaran bergerak ke arah Kg. Nukahan.
5.Paras air dalam parit adalah normal dan mencukupi.
6.Tinjauan ke Tapak Pelupusan Sampah Kuala Penyu mendapati ia tidak terkesan dengan kebakaran tersebut walaupun jarak adalah kurang dari 500 m.
7. Punca kebakaran disyaki daripada pencerobohan hutan simpan (aktiviti pemburuan haram atau pertanian).
Cuaca: Panas dan berawan.
Sekian.