PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH KESEDARAN ALAM SEKITAR DI MASJID UMAR IBNU AL - KHATTAB, BAYAN BARU

DOE Pulau Pinang 02/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH KESEDARAN ALAM SEKITAR DI MASJID UMAR IBNU AL - KHATTAB, BAYAN BARU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
02/02/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

26 JANUARI 2024, BAYAN BARU: Ts.Dr. Abdul Rahman bin Mahmud, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kesedaran bertajuk "Manfaat Menjaga Alam Sekitar kepada Diri dan Masyarakat" di Masjid Umar Ibnu Al - Khattab, Bayan Baru sebelum bermulanya solat Jumaat. Ceramah ini telah disampaikan kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur termasuklah kepada golongan muda. Antara perkongsian adalah berkaitan pengurusan sisa, pembakaran terbuka dan pemeliharaan alam sekitar secara am. JAS Pulau Pinang merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Masjid Umar Ibnu Al-Khattab, Bayan Baru atas jemputan dan juga inisiatif mengadakan majlis ilmu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar yang juga merupakan satu ibadah.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan