Penerangan
31 Januari 2024, Pengerang - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan pra-pemeriksaan ke atas sebuah premis yang sedang dalam kelulusan untuk mendapatkan lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi Premis Yang Ditetapkan (PYDT) Buangan Terjadual di Pengerang, Johor.
Pra-Pemeriksaan dijalankan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan proses yang dijalankan di premis tersebut serta melihat proses Trial Burn / Testing And Commisioning yang dibenarkan sebelum Lesen di bawah Seksyen 18, AKAS 1974 dikeluarkan. Semasa pra-pemeriksaan dijalankan, tiada proses trial burn di premis.
Pihak premis diingatkan agar sentiasa mematuhi segala prosedur dan syarat-syarat yang dibenarkan semasa proses Trial Burn dijalankan.