PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN & PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS NEGERI JOHOR

DOE Johor 02/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN & PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS NEGERI JOHOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
02/02/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

30 Januari 2024, Pasir Gudang : Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis berasaskan plastik susulan aduan awam. Hasil pemeriksaan mendapati premis beroperasi tanpa alat kawalan pencemaran udara. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas premis telah diambil bagi menghentikan pencemaran yang ketara daripada berterusan dengan serta merta. Rondaan malam di kawasan sekitar juga dijalankan sehingga 12 tengah malam. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan