Penerangan
28 Januari 2024, Johor Bahru – JAS Negeri Johor telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2024. Tuan Pengarah, Dr. Mohd Famey bin Yusoff telah menyampaikan ucapan penghargaan atas kecemerlangan pada tahun 2023 dan amanat bagi tahun 2024. Majlis disusuli dengan Majlis Perpisahan bagi pegawai yang berpindah iaitu Puan Zalina binti Abdullah, Encik Hafiz Arif bin Mohd Nasir dan Encik Muhammad Zulhusni bin Abdul Aziz.
Majlis juga diselitkan dengan tayangan video mengenai kesedaran gangguan seksual di tempat kerja dan kesedaran keselamatan di tempat kerja.
Cenderahati dan penghargaan telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JAS Negeri Johor. Jabatan merakamkan ucapan terima kasih di atas segala jasa, komitmen dan dedikasi tuan dan puan sepanjang berkhidmat di JAS Negeri Johor dan semoga terus cemerlang di tempat baharu.