PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

1.347 TAN E-WASTE BERJAYA DIKUMPULKAN

DOE Terengganu 31/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
1.347 TAN E-WASTE BERJAYA DIKUMPULKAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
31/01/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

1.347 TAN E-WASTE BERJAYA DIKUMPULKAN   KUALA TERENGGANU,  9 DISEMBER 2023-Universti Malaysia Terengganu (UMT)  dengan kerjasama Syarikat KT Wan Recycle dan Ahli Jawatankuasa Masjid An-Ansar Kem Seri Pantai, Batu Rakit serta  Jabatan Alam Sekitar Negeri Terenggau  telah berjaya menganjurkan program pengumpulan e-waste.   Program yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 12 tengahari telah mendapat sambutan daripada komuniti sekitar dan berjaya mengumpulkan e-waste sebanyak 1.347 tan.   JAS Terengganu menyokong kerjasama program-program bersama rakan strategik dalam melaksanakan program pengumpulan e-waste daripada isi rumah bagi   membantu masyarakat menguruskan e-waste yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi ini secara betul dan selamat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.   Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd. Rahman, berkata, sambutan yang berterusan daripada orang ramai setiap kali program ini dianjurkan memberi masej bahawa program ini telah meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan kepentingan pengurusan e-waste ini.   Selain itu juga, orang ramai yang hadir pada program ini berterima kasih atas usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam memastikan pengurusan bahan buangan e-waste ini dapat dilupuskan ditempat yang betul demi mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri ini, katanya.   JAS Terengganu merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini, Semoga usaha melestarikan alam sekitar sentiasa berterusan demi seksejahteraan alam sekitar yang kita cintai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan